PROGRAM INTERGRASI PENDIDIKAN KHAS SMK DOKTOR BURHANUDDIN, TAIPING

KELAS KHAS BERMASALAH PENDENGARAN (KKBD)

KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN (KKBP)

 

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar yang memokaskan :- 

  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial

 

KANAK-KANAK KHAS

Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.

 “……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.

Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993

 

……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.

 

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-

  • Sekolah Khas
  • Progam Pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(Teknik/Vokasional)

 

KATEGORI PENDIDIKAN KHAS

Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :

  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pendengaran
  • Masalah Penglihatan

 

VISI PENDIDIKAN KHAS SMKDB

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid Pendidikan Khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

MISI PENDIDIKAN KHAS SMKDB

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid Pendidikan Khas untuk menjadikan insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

 

NILAI –NILAI MURNI

Asuhan pelajar secara berhikmah,  mesra , kesedaran jati diri dan bimbingan secara peribadi

 

LATAR BELAKANG KELAS PENDIDIKAN KHAS SMK. Doktor Burhanuddin

 Kelas Pendidikan Khas (percantuman) untuk pelajar-pelajar masalah pendengaran di Sekolah Menengah Doktor Burhanuddin dimulakan pada bulan Januari 1981 oleh Cik Cecilia P. Pereira. Pelajar pertama Kelas Pendidikan Khas adalah seramai 9 orang pelajar. Mereka belajar di Tingkatan 1 Khas. Guru kelas yang mengajar mereka pada masa itu ialah Cik Cecilia Pereira.

 

Mereka juga belajar bersama-sama dengan pelajar normal (kelas percantuman) dalam mata pelajaran Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Sains dan Rumah Tangga. Dalam pembelajaran mereka menggunakan kaedah `Oral Method’, `speech’, `audiotory training’ dan `lipreading’. Kod Tangan Bahasa Melayu pula diperkenalkan kepada guru-guru pada tahun 1978 dan kepada pelajar-pelajar pada tahun yang berikutnya.

 

Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran(KKBP) pula bermula pada tahun 2006. Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ini bermula dengan dua orang guru iaitu Puan Annie Thomas dan Encik Mohamad  Zuzainizal b Mohamad Ishak yang mengajar seramai lima orang  murid yang terdiri dari dua orang murid  lelaki dan tiga orang murid perempuan. Pada awal penubuhan kelas bermasalah pembelajaran, kelas ini menumpang di Kelas Khas Bermasalah Pendengaran di Blok D. Kelas ini dipimpin oleh seorang Penyelaras Program iaitu Puan Faridah Ghazali dari tahun 2006 hingga 2008. Bermula dari tahun 2008 kelas Khas ini diterajui oleh Encik Mohd Termizi b Noordin. Kelas ini mendapat blok baru iaitu Blok H apabila ia siap sepenuhnya akhir tahun 2008 dan bermula 2009 kelas ini beroperasi sepenuhnya  di blok baru ini.

 

Jawatankuasa Kelas Pendidikan Khas

Penasihat

: Tn. Hj. Aminudin Bin Mhd Nor (Pengetua)

Pengerusi

En. Alexander a/l Samy Pillai (PK Pendidikan Khas)

Setiausaha

Pn. Annie Thomas a/p M.K Thomas

Ahli Jawatankuasa

En. Mohammad Tarmizi Bin Noordin

 

: En. Mohamad Zuzainizal Bin Mohamad Ishak

 

: Tn. Hj. Mohd Ayob Bin Hamzah

 

: En. Kamarul Hadi Bin Jahaya

 

Pn. Apizah Binti Hj. Taib

 

: Pn. Rosidah Binti Md. Daud

 

: Pn. Razita Binti Abdullah

 

Pn. Sapiah Binti Sapie

 

Cik Loh Poh Yoon

 

Maklumat Guru dan Staf Pendidikan Khas 

Guru Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran

: En. Alexander a/l Sammyppillai (PK Pendidikan Khas)

: En. Mohammad Tarmizi Bin Noordin    

: Pn. Annie Thomas a/p M.K Thomas

: En. Mohamad Zuzainizal Bin Mohamad Ishak

: Pn. Sapiah Binti Sapie

: Pn. Rosidah Binti Md. Daud

: Pn. Norhidayah Binti Mahadi       

: Pn. Noor Mashitah Binti Fuad

: Pn. Razita Binti Abdullah

 

Guru Kelas Khas Bermasalah Pendengaran

: Pn. Apizah Binti Hj. Taib (Penyelaras BD)

: Tn. Hj. Mohd Ayob Bin Hamzah

: En. Kamarul Hadi Bin Jahaya

: Cik Norizan Binti Saed Ahmad

: Cik Loh Pooh Yoon

 

Pembantu Pengurusan Murid

Cik Noorhaslinda Binti Mohamad Ali

Cik Hartini Binti Mohd Taib Azmi

: Pn. Noorshahida Binti Baharudin

 

MAKLUMAT PELAJAR KKBP

Pada tahun 2011 seramai 30 orang pelajar telah berdaftar sebagai pelajar SMKDB. Pelajar-pelajar ini daripada masalah simdrom down, autisme, kerencatan akal, disleksia, lambat pembelajaran, rabun, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), Interlectual Impairment, lambat perkembangan, R/S Sindrom dan sebagainya. Sebanyak 5 kelas dibuka untuk pelajar-pelajar ini.

 

MAKLUMAT PELAJAR KKBD

Tahun 2011 seramai 6 pelajar telah mendaftar sebagai pelajar SMKDB. Mereka ini terdiri daripada pekak dan bisu. Terdapat 3 kelas bagi pelajar ini. Para pelajar ini mengikut sepenuhnya program dan aktiviti mengikut arus aliran perdana.

 

AKTIVITI KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN (KKBP)

Pravokasional

  • Perkebunan
  • Pertukangan
  • Penternakan ikan
  • Seni Kreatif
  • Masakan dan jahitan

 

Kokurikulum

  • Kadet Remaja Sekolah
  • Persatuan Pendidikan Khas
  • Lawatan Sambil Belajar
  • Sukan sekolah
  • Olahraga Pendidikan Khas Daerah
  • Karnival Permainan Pendidikan Khas daerah
  • Majlis Kesenian dan Kebudayaan
  • Tilawah Al-Quran, Nasyid, Hafazan, Bercerita kisah Nabi, Azan
  • Program-program Pendidikan Khas PPD LMS