BERIMAN

Sifat semula jadi manusia percaya kepada kewujudan Tuhan dan kekuasaan-Nya.Oleh itu, kepecayaan kewujudan Tuhan adalah menjadi kewajipan setiap manusia.

 

BERILMU

Manusia sebagai hamba Tuhan dan berfungsi sebagai pemimpin dengan tugas yang dinyatakan memerlukan penguasaan ilmu dunia dan akhirat. Pendidikan sekolah diharapkan mencapai perseimbangan di antara kedua-duanya dan boleh berfungsi mencapai matlamat di atas.

 

BERAMAL

Berilmu tanpa beramal adalah perbuatan yang tidak sempurna. Oleh itu, ilmu yang dimiliki boleh membentuk peribadi manusia menjadi baik, diperkembangkan dan dipergunakan untuk kesejahteraan manusia, membangun manusia dan matlamatnya, mengikut lunas-lunas yang ditentukan oleh Tuhan. Berilmu dan beramal merupakan satu tuntutan.