LAMBANG-LAMBANG DAN WARNA YANG TERDAPAT DALAM LOGO SEKOLAH

 

RODA

Melambangkan sains dan teknologi moden, sekolah ini sedang memajukan bidang akademik selaras dengan keperluan negara yang pesat membangun dan seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.

 

BUKU

Melambangkan sumber ilmu yang juga merupakan bahan terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

 

GELANG BERANGKAI

Di samping bidang akademik, sekolah juga berusaha menjayakan aktiviti-aktiviti kokurikulum di semua peringkat sama ada sekolah, daerah, negeri ataupun kebangsaan.

 

BULAN SABIT

Melambangkan nilai murni dalam keagamaan yang berteraskan Agama Islam sebagai agama rasmi. Menekankan sifat kerohanian yang baik.

 

WARNA KUNING

Melambangkan kesetiaan, setia kepada raja, negara, sekolah dan masyarakat amnya. Bersifat tenang dan bersedia menempuh cabaran dalam kehidupan seharian.Berdisiplin dalam semua perkara yang dilakukan.

 

WARNA MERAH

Melambangkan semangat waja, bersungguh-sungguh dan mempunyai keazaman yang kuat dalam segala hal demi memajukan diri.Tidak mudah putus asa dan sentiasa berani menghadapi cabaran.