BIODATA

 

PROFESOR DOKTOR BURHANUDDIN AL-HELMY

     

Di lahirkan pada 29 Ogos di Changkat Tualang, Kota Bharu, Perak Darul Ridzuan. Meninggal dunia di Jalan Aman, Assam Kumbang, Taiping pada hari Sabtu, 25 Oktober 1969 ketika berusia 58 tahun. Bapanya Hj. Muhammad Nor adalah bangsawan.  “Melayu Jati” serta seorang ulama. Ibunya Sharifah Zaharah binti Habib Othman.Doktor Burhanuddin digelar “Abi Halim” kerana sifatnya yang tidak mementingkan kebendaan, sentiasa tersenyum dan tidak mudah marah.Beliau merupakan tokoh agama yang disegani dan dihormati. Pernah menjadi guru di sekolah-sekolah agama di Malaya dan Singapura serta mengajar ilmu kedoktoran homeopathy. Beliau boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, Arab, Tamil, Urdu, Jepun, Jerman dan Perancis.

 

Tahun 1967 

 

 

 

 

 

 

 

Sekolah mula dibuka dengan 26 kelas tingkatan 1 – 3. Pelajar ini adalah pelajar Aliran Kebangsaan yang ditempatkan di dua buah sekolah Aliran Inggeris iaitu Sekolah Menengah King Edward VII dan Sekolah Menengah Treacher Methodist, Taiping sejak tahun 1961. Dinamakan semula daripada Sekolah Menengah Kebangsaan kepada Sekolah Menengah Doktor Burhanuddin bagi mengingati seorang tokoh yang telah memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan tanah air yang terkenal iaitu Prof. Doktor Burhanuddin yang telah meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 di Taiping, Perak.

Pada mulanya sekolah ini mengandungi 3 Blok (A, B dan C) bangunan 2 tingkat dengan 16 bilik darjah,     1 pejabat, 2 makmal sains, 2 bilik ERT, 3 bengkel dan sebuah kantin. Bilangan guru adalah seramai 23 orang. Congan Kata sekolah “PENGETAHUAN PANDU PENGHIDUPAN”.  Pada tahun ini juga peperiksaan SRP kali pertama.

   

Tahun 1969 

Pada 1969, prasarana sekolah ini ditambah dengan satu blok bangunan Blok D yang menempatkan 9 bilik darjah, 2 bilik ERT dan 1 Makmal Sains.

 

Tahun 1970 

Mula menerima pelajar dari SRJK Cina dan Tamil.

 

Tahun 1971

 Sesuai dengan penambahan blok bangunan, kelas tingkatan 4 Aliran Sastera dimulakan pada 1971.

 

Tahun 1972 

 Peperiksaan SPM Aliran Sastera diadakan buat kali pertama.

 

Tahun 1974

Aliran Sains pada 1974 dimulakan. SMK Dr. Burhanuddin menerima pelajar dari SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau, SMK Tengku Menteri, Changkat Jering, SMK dato' Haji Hussein, Selama dan SMK Sungai Bayor Selama. 

 

Tahun 1975

Peperiksaan SPM Aliran Sains dan Sastera diadakan. Fizikal sekolah terus berkembang dengan pembinaan 1  blok bangunan 3 tingkat (Blok F) yang mengandungi 12 bilik darjah dan 3 Makmal Sains Tulen.

 

Tahun 1979

Bagi memenuhi permintaan pembelajaran setempat, kelas Tingkatan 6 Sains diwujudkan pada 1979.

 

Tahun 1980

Aliran Sastera pada 1980 diwujudkan bagi menampung pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah menengah agama Perak.

 

Tahun 1981

Pada 1981 Kelas Pendidikan Khas dibuka bagi menempatkan kanak-kanak pekak dan bisu. Pada bulan Jun 1981 Y.B.Dato'Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan Dewan Besar SMK Doktor Burhanuddin.

 

Tahun 1982

1 Mac 1982, 2 buah blok asrama dibuka bagi menempatkan seramai 250 pelajar lelaki dan perempuan. Pada 1986, sebuah lagi bangunan asrama dibina bagi menampung keperluan pelajar yang semakin bertambah.

  

Tahun 1985

Pembinaan Blok Kilat 1 tingkat (Blok E) yang mengandungi 4 bilik darjah telah dibina.

 

Tahun 1986

Mendapat tambahan 1 blok bangunan 2 tingkat untuk asrama lelaki.Mula menerima pelajar di bawah Rancangan Khas.Cogan Kata sekolah ditukar kepada “Beriman, Berilmu, Beramal.

 

Tahun 1987

Pembinaan surau berharga RM60,000.00.Pembinaan bangunan Koperasi Sekolah.Pembinaan Stor (berhampiran kantin) dan Bilik Disiplin.

 

Tahun 1988

Tambahan 1 blok bangunan 2 tingkat (Blok G) mengandungi 10 bilik darjah.Bilik Sumber KBSM ditubuhkan.

 

Tahun 1991

Pusat Sumber Sekolah dipindahkan dari Blok D ke Blok G.Bilik Urusetia Peperiksaan diwujudkan dan tempat letak kereta siap dibina.

 

Tahun 1992

8 Ogos 1992 perasmian Dewan Syukri (Dewan Makan Asrama), Pusat Sumber Suri dan Bilik Gerakan Lokman Hakim oleh Puan Suri Yahya, isteri Allahyarham Doktor Burhanuddin Al-Helmi. Manakala Disember 1992 Kelas Aliran Agama Tingkatan 1 bermula. Menaikkan taraf Kantin Sekolah. Pembinaan kolam.

 

Tahun 1993

Membina benteng banjir yang kerap melanda SMK Doktor Burhanuddin. Membina tempat letak basikal pelajar.Memindahkan Bilik Guru daripada Blok C ke Blok G.

 

Tahun 1994

Pembinaan laluan berbumbung, menghubungkan Asrama dengan Surau.

 

 Tahun 1995

Pembinaan Astaka Perhimpunan dan Astaka Padang.

 

Tahun 1998

Ubahsuai Surau Sekolah.

 

Tahun 2001

Kelas Tingkatan 4 Pengajian Islam Aliran Sains bermula.

 

Tahun 2002

Bagi memastikan perkembangan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah ini selari dengan arus semasa, 1 blok Makmal Komputer yang menempatkan 2 buah makmal Komputer siap dibina.

 

Tahun 2003

Dataran Kejat tempat meletak kereta dibina.

 

Tahun 2009  

Pada 2009, sekolah ini  telah memantapkan kedudukannya  di Taiping dengan pembukaan sebuah dewan besar yang digunakan untuk menjalankan berbagai aktiviti berbentuk akademik dan kokurikulum.